BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Daisypath Anniversary tickers

04 August 2009

Pendekatan dan strategi pengajaran

Mengikut Kamus Dewan, pendekatan merupakan cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan dan melaksanakan sesuatu tugas seperti mengatais masalah.

Dalam konteks pendidikan, pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu – merujuk bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan untuk mencapai objektifnya.

Pendekatan induktif

Pendekatan yang melibatkan aktiviti mengumpul dan menafsir maklumat kemudiannya membuat generalisasi dan kesimpulannya.

Menggunakan pendekatan dengan mengemukakan contoh yang khusus kepada murid kemudian murid-murid akan berfikir seterusnya akan membuat generalisasi atau kesimpulan umum berkaitan dengan contoh tersebut.

Guru mengemukakan beberapa contoh khusus dan diikuti dengan soal jawab untuk membimbing murid-murid memerhati, mengkaji dan mengenal pasti prinsip atau fakta penting yag terkandung dalam setiap cntoh tersebut.

Dengan cara ini, murid mudah ingat dan faham dengan isi pengajaran guru kerana dengan membuat teori dan kesimpulan umum tersebut murid mudah mengingati dan mudah mengaplikasi semasa menjawab peperiksaan.

Jenis pendekatan induktif

Membentuk satu generalisasi daripada contoh-contoh tertentu. Misalnya mencari siri segitiga yang sama daripada pelbagai segitiga.

Membentuk satu prinsip daripada ujikaji tertentu. Misalnya mendapat prinsip graviti daripada ujikaji benda-benda dijatuhkan dari atas ke bawah

Membentuk satu hukum daripada pernyataan-pernyataan tertentu misalnya, mendapat hukum tatabahasa daripada membuat analisa terhadap struktur ayat-ayat bahasa.

Mendapat satu teori daripada satu urutan pemikiran. Misalnya, memerhati tingkah laku manusia untuk mendapatkan satu teori pembelajaran

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara induktif

Sebelum memulakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara induktif, guru harus menyediakan contoh-contoh yang sesuai, iaitu yang boleh digunakan oleh murid membuat generalisasi. Di samping itu, soalan-soalan haruslah disediakan untuk membimbing murid mendapat kesimpulan yang berkenaan.

Guru tidak harus memberi keterangan atau menghuraikan isi pelajaran yang berkaitan dengan kesimpulan. Murid-murid harus dibimbing melalui aktiviti soal jawab untuk mendapat kesimpulan diri sendiri.

Jenis contoh khusus yang diberikan haruslah dipelbagaikan, tetapi mengandungi ciri yang sama serta mudah untuk membolehkan murid mengenalpasti.

Contoh-contoh khusus yang dipilih haruslah sesuai dan mencukupi.

Setelah contoh-contoh khusus yang dikemukakan oleh guru, murid-murid juga digalakkan memberi contoh-contoh yang serupa.

Alat bantu mengajar harus disediakan untuk membantu murid mendapatkan kesimpulan yang berkenaan.

Kaedah ini haruslah mengikut urutan yang tepat, iaitu daripada contoh-contoh spesifik kepada umum

Pendekatan deduktif

Pendekatan pengajaran yang bermula daripada sesuatu atau beberapa rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan diikuti dengan aplikasinya ke atas contoh-contoh yang khusus.

Dalam pendekatan ini, guru memberi rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan tertentu kepada murid dan mengajarkannya kepada murid sehingga murid faham, kemudian murid akan mengaplikasikannya atau boleh juga digunakan dalam menyelesaikan masalah dalam matematik.

Guru memberitahu murid objektif pada peringkat awal.

Murid dibimbing mengingat rumus, prinsip, hukum, teori atau peraturan yang berkaitan untuk membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan mendapatkan kesimpulan yang baru.

Jenis pendekatan deduktif

Untuk penyelesaian masalah

deduktif banyak digunakan untuk menyelesaikan masalah. Contohnya, setelah murid mempelajari imbuhan “ber” mereka disuruh membuat beberapa ayat dengan menggunakan imbuhan “ber”.

Untuk membuat generalisasi baru

Boleh digunakan untuk membuat generalisasi baru. Contohnya, setelah murid mempelajari rumus luas segiempat tepat, mereka dibimbing menggunakan rumus itu untuk mendapat rumus luas segitiga bersudut tegak.

Untuk membukti hipotesis

- Boleh digunakan untuk membuat hipotesis melalui prinsip atau hukum yang telah dipelajari. Contohnya, setelah murid mempelajari teorem sudut-sudut bersebelahan atas garis lurus mereka dibimbing menggunakan teorem ini untuk membuktikan hasil tambah tig a sudut dalam sebuah segitiga

Prinsip-prinsip penggunaan strategi pengajaran secara deduktif

Pada peringkat permulaan, masalah atau hipotesis harus didedahkan terlebih dahulu.

Murid-murid harus dibimbing mengingat kembali rumus, generalisasi, prinsip, teorem atau teori agar membolehkan mereka menyelesaikan masalah atau hipotesis yang telah didedahkan.

Generalisasi, prinsip atau teori yang digunakan untuk menyelesaikan masalah atau membukti hipotesis haruslah diketahui serta telah difahamkan secara mendalam.

Penggunaan pendekatan deduktif haruslah dilaksanakan mengikut prosedur dengan tepat.

Proses menyelesaikan masalah atau untuk membuktikan hipotesis tidak terhad kepada menggunakan satu generalisasi, prinsip, rumus,hukum atau teori yang telah dipelajari.

Guru sendiri tidak perlu menunjukkan cara menyelesaikan masalah atau menghuraikan cara membukti hipotesis, tetapi membimbing murid melalui aktiviti soal-jawab sehingga mereka menjalankan aktiviti penyelesaian masalah sendiri.

Pendekatan integrative

Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang merangsang murid-murid untuk menggunakan kemahiran asas, memahami hubungan antara disiplin akademik yang berbeza-beza, menghargai unsur kepelbagaian dan berusaha secara produktif ke arah pencapaian satu matlamat yang sama.

Memerlukan murid-murid berfikir, mensintesis dan memberi gerakbalas terhadap apa yang diajar

Prinsip pendekatan integratif :

Tumpuan diberi kepada strategi pemusatan murid

Penggunaan pembelajarn aktif

Peranan guru sebagai fasilitator

Keutamaan diberi kepada kemahiran asas

Peluang untuk kerja berpasukan

Penggunaan teknologi dalam menyiapkan tugasan atau projek

Pendekatan eklektik

Gabungan pendekatan induktif, deduktif dan integratif.

Isi pelajaran yang diterima murid akan menjadi lebih bermakna kerana telah mengambil kira perbezaan individu dari segi minat, kebolehan, pengalaman, pengetahuan sedia ada dan sebagainya.

Pendekatan tematik

Pendekatan Tematik merupakan satu usaha untuk mengintegrasi pengetahuan, kemahiran dan nilai pembelajaran serta pemikiran yang kreatif dengan menggunakan tema.

Biasanya digunakan dalam program pendidikan awal kanak-kanak.

Pembelajaran yang semula jadi dan bermakna kepada kanak-kanak adalah

pembelajaran secara ‘membuat’ dan ‘mengalami’ sendiri sesuatu aktiviti itu.

Pengalaman-pengalaman yang bererti kepada murid kerana ada elemen keseronokan, mencetuskan minat ingin tahu dan mencari maklumat sendiri

Murid diberi peluang untuk berdikari, meneroka dan mengalami untuk diri

sendiri dan bagi diri sendiri

strategi pengajaran

Pemusatan guru

Guru berperanan menyampaikan maklumat yang akan dipelajari oleh murid-murid.

Guru mengenalpasti hasil-hasil pembelajran yang ingin dicapai terlebih dahulu dan kemudiannya merancang cara melaksanakn isi pelajaran tersebut.

Prinsip strategi pemusatan guru:

Guru mengarah proses pembelajaran dan berupaya mengawal hak murid-murid untuk menerima maklumat

Murid-murid diibaratkan sebagai gelas kosong di mana pembelajaran dilihat sebagai prosese penambahan ilmu , kemahiran dan nilai

Pengajaran mengutamakan murid-murid yang sederhana pencapaian akademik

Semua murid berkembang mengikut kadar yang sama

Pemusatan murid

Berasaskan teori pembelajaran konstruktivisme di mana guru berperanan sebagai fasilitator yang membimbing murid-murid untuk membina dan seterusnya memperoleh kefahaman masing-masing mengenai isi pengajaran yang disampaikan.

Prinsip strategi pemusatan murid

Murid-murid bukan gelas kosong. Sebaliknya, mereka membawa bersama kerangka persepsi masing-masing ke dalam bilik darjah

Setiap murid mempunyai gaya pembelajaran yang tersendiri

Pembelajaran adalah satu proses aktif dan dinamik yang sentiasa mengalami perubahan demi kepentingan murid-murid

Murid-murid memberi makan masing-masing melalui percakapan, pendengaran, penulisan, bacaan dan refleksi terhadap kandunagn pelajaran yang disampaikan dan isu-isu serta keprihatinan yang timbul.

Berasaskan bahan

Bahan audio-visual

Visual yang bukan berbentuk tayangan

Visual tayangan

Media audio

Multimedia

Filem dan video

Sistem siaran elektronik

Media pengajaran berasaskan komputer

Buku dan bahan cetak

Buku teks

Bahan resos

Buku kerja

Berasaskan tugasan / aktiviti

Merujuk kepada prinsip-prinsip yang disyorkan oleh Merrill.

Murid-murid diberi tugasan yang merupakan masalah yang mungkin akan dihadapi dalam kehidupan seharian.

Hasil pembelajaran atau masalah yang difikirkan dapat diselesaikan oleh mereka di akhir satu-satu urutan pembelajaran juga boleh diberi sebagai menggantikan masalah

0 komeng: